Tuesday, August 16, 2011

Jom Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Ini Adalah tertib memotong kuku. Teringat pulak Kin ada seo. sahabat ,Satu hari Kin terperasan semua kuku dia pendek,kemas bersih je.Tapi kuku ibu jari dia 1 je panjang sikit.Bila di tanya rupa2nya dia cerita,dia selalu ikut tertib ptg kuku ni tapi selalu terlupa kat last ibu jari.Tu yg slalu 1 terpanjang sikit.klaka plk bl terigt blk ;)

Kelebihan potong kuku pada hari khamis umpama mempesakai imlu yakni memperoleh keturunan yang pintar,berhemah tinggi dan sabar.

Jangan kerat pada dari Sabtu kerana ditakuti dtg penyakit.

Pada hari ahad pula hilang berkat.

Pada hari Selasa pula mempesakai kebinasaan(Maksudnya kalau kitaterhindar dari binasa itu maka anak2 atau zuriat keturunan kita yg akn menerima kebinasaan itu)
Demikianlah disebut dalam kitab MASIAH BARMAWI.

Riwayat yang lain pula menyertakan bahawa mengerat kuku pada hari Isnin maka keluar daripadanya penyakit gila dan masuk padanya Afiat.

Pada hari rabu akan keluar daripadanya WasWas dan ketakutan serta masuk kepadanya Aman dan Tenteram.

Pada hari Jumaat pula keluar dosa dan masuk kepadanya Rahmat,

Maknanya 4 hari yang di Sunnatkan potong kuku iaitu Hari ISNIN,RABU,KHAMIS dan JUMAAT.Makruh kalau mengerat kuku pada sebelah tangan sahaja.

Selain itu jg,setelah kuku tangan dipotong maka cepat2lah basuh bekas keratan kuku tu kerana menggaru sebelum membasuh boleh terkena penyakit sopak sbb bisa selumbar kuku bekas keratan akan masuk dalam kulit masa menggaru.

Hati2 ya kuku jari kaki jika terlalu panjang akan menekan hujun kuku menyebabkan air tidak akan sampai ketika berwuduk.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.


Nota Ramadhan:Buat Lelaki,kata org kalau nk cari calon Isteri itu maka tingoklah jgk kuku pmpn tersebut.Kalau sntiasa dikerat kukunya tu maka elok la tu.InsyaAllah.
Sama2 beramal. Dapaaat pahala ;)

2 comments:

nuRuL haNis said...

terima kasih share entry ni. anis selalu kerat waktu malam je, biasa malam jumaat. boleh tak ek?

Ashikin said...

kalau ikut Islam xda hadis atau nas yg mengatakan xleh kerat waktu malam,tapi org2 tua punya pesan x elok ptg kuku waktu malam..hehe

wallahualam..