Friday, August 19, 2011

Tarikh Tsunami yang sudah Tersirat dalam Al-Quran


Assalamualaikum..Salam Ramadhan..

Kin terjumpa 1 fakta yang sgt2 menarik! Kin nk kongsikan kepada semua agar kita semua tersedar bahawa hebatnya Al-Quran itu.

Tahukah kita bahawa kejadian Tsunami yang melanda jepun itu ,tarikh dan masa nya sebenarnya telah tertulis di dalam Al-Quran!.

Kin nak kongsikan rahsia kejadian Tsunami ini di sebalik nombor2 dan Al-Quran.

Pada tarikh 11 March 2011 berlakunya trajedi tsunami di Jepun dimana bersamaan dengan 6 RabiulAkhir 1432 Hijrah ataupun 6/4/1432.


Dengan itu tahun 1432 dipecahkan 14 dan 32
Jawapannya Juzuk ke 14 Al-Quran dan Bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 Ayat Al-Quran ke 4
Rujuk di Al-quran

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Sendai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

dengan itu dlm 1432, 14 dh di ketahui Juzuk Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

*Bukti wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Sendai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka, 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*Bukti wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6. Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

dengan itu, 1+4+4+6 =15

dan, 1+5 = 6


*Bukti 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Jadi angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

Subhanallah!

Nota Ramadhan: Teringat tazkirah Ramadhan dlm rancangan WHI, kata2 dari Uztazah Asni Mansor Al Hafizah yg mengatakan walaupun Islam itu dibenci dan tidak diterima oleh golongan Kafir tetapi mereka tidak dapat menolak kehebatan Al-Quran itu sendiri.Jadi mereka menyuruh anak2 mereka menkaji Al-Quran itu utk mencari kelebihan Umat Islam.Dgn tujuan mereka dapat mencari kelemahan umat Islam Sbb nya umat Islam sendiri pun x mengkaji betul2 Al-Quran itu.Dan tidak mustahil org kafir ini lebih hebat pengetahuannya. (lebih kurang mcm ni la kt2 uztazah ni :)

Jadi kita macam mana?? -_-


Kuasa Allah:Patung Jesus Disambar Petir


Sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa.Subhanallah



Nota Ramadhan:Sama-samalah kita renung sejenak,Sayangilah agama kita.Sayangilah Al-Quran itu.Moga kita terhindar dari sebarang kemungkaran Allah SWT.Balasan Allah SWT itu pasti! baik amalan maka baiklah balasan,buruk amalan maka buruklah balasan.

Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad.

Sumber:Ohbelog

Thursday, August 18, 2011

SEMOGA DOA KITA DIKABULKAN OLEH ALLAH S.W.T.

Syarat dikabulkan doa

1. Yakin bahawa Allah S.W.T. akan mengabulkannya

Sabda Nabi S.A.W.,”Berdoalah kalian kepada Allah S.W.T. dan kalian harus yakin akan dikabulkannya.”(HR Tirmidzi) Nabi juga bersabda,”Jika salah sorang dari kalian berdoa, maka janganlah ia mengatakan,”Ya Allah,berilah ampunan kepadaku jika Engkau menghendakinya.” Tapi hendaknya ia bersunggu
h-sngguh dengan permintaannya itu.”(HR Bukhari dan Muslim)
2. Khusyuk ketika menghadap Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W.,”Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati-hati yang lalai dan bermain-main.” (HR Tirmidzi)

3. Tidak terburu-buru

Rasulullah S.A.W. bersabda,”Akan dikabulkan doa salah seorng di antara kalian selama ia tidak terburu-buru.” Terburu-buru di sini bermaksud ketidaksabaran dalam menanti doa dimakbulkan hingga akhirnya membawa kepada putus asa dalam berdoa(memberhentikan doa).
4. Memakan makanan yang halal

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,”Orang lelaki itu kelihatan kotor dan berdebu kerana perjalanan yang panjang. Kemudian dia mengangkat kedua tangannya ke langit dan berkata,”Wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku″, tetapi makanannya adalah haram, minumannya adalah haram, pakaiannya adalah haram, dan dia telah memakan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan?”(HR Abu Daud, an-Nasa’i, Imam Ahmad)
Nota Ramadhan:Mari Berusaha,Doa Dan Tawakal,InsyaAllah dipermudahkan Allah SWT hendaknya.Jgn putus asa sbb Allah Sayaaang kita n_n

Sumber:Iman Muda Nazrul

Wednesday, August 17, 2011

Kisah Sahabat Nabi:Bilal bin Rabah,Muadzin Rasulullah

Kisah Sahabat nabi ini menyentuh hati,Sedikit sebanyak memberi keinsafan kpd aku Hamba Allah yg daif ini.Nama beliau ialah Bilal bin Rabah Al-Habasyi. Ia berasal dari negeri Habasyah, sekarang dikenali sebagai Ethiopia. Ia biasa dipanggil Abu Abdillah dan digelari Muadzdzin Ar-Rasul.

Masih igt lagi x kisah Bilal diseksa,Sebiji batu besar diikatkan di perut Bilal dan lehernya di ikat dgn tali.Bilal dibiarkan selama beberapa hari di tengah gurun pasir.Ibu Bilal adalah seorang hamba kepada Umayyah bin Khalaf dari Bani Jumuh.Umayyah lah yang menyeksa Bilal supaya Bilal keluar dari agama Allah SWT.Namun berkat keimanan yang tinggi Bilal berjaya mengharungi penyeksaan itu tanpa sedikit pun berpaling dari jalan Allah SWT.

Setelah Bilal Merdeka,ia mengabdikan dirinya kepada Allah SWT dan Rasulullah.Kemana sahaja Rasul SAW pergi pasti Bilal akan mengikutnya.Dan sebab inilah para sahabat Nabi sgt memuliakan Bilal.
Azan Pertama dikumandangkan
Semasa Rasulullah berhijrah ke Madinah,Bilal juga turut serta.Ketika itu Masjid Nabawi selesai dibangunkan dan Rasulullah mensyariatkan azan.Rasulullah mengarahkan Bilal mengalunkan azan bagi solat wajib lima waktu.Dan sejak dari itulah Bilal digelar Muadzdzin ar-Rasul dan terlakarlah dalam sejarah Islam Bilal sebagai orang pertama yg mengalunkan azan.

Ketika menakluk kota Mekah(Fathu Mekah),Rasulullah berjalan dihadapan muslim bersama Bilal.Ketika masuk ke dalam Kabah Rasul SAW ditemani oleh Utsman bin Thalhah, Usamah bin Zaid, dan Bilal bin Rabah.Dan apabila masuknya waktu Zuhur ketika itu,ribuan orang berkumpul di sekitar Rasulullah,termasuklah kafir Quraish yg baru memeluk agama Islam.

Bilal diberi kepercayaan dalam mengalunkan azan pada detik bersejarah itu.Itulah azan pertama di Mekah yang dialunkan.Ribuan mata dan lidah mengikuti azan itu,di saat kalimat Saat sampai pada kalimat, "Asyhadu anna Muhammadar Rasuulullaahi (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)." Juwairiyah binti Abu Jahal bergumam, "Sungguh, Allah telah mengangkat kedudukanmu. Memang, kami tetap akan shalat, tapi demi Allah, kami tidak menyukai orang yang telah membunuh orang-orang yang kami sayangi." Maksud Juwairiyah adalah ayahnya yang tewas dalam Perang Badar.

Bilal menjadi org yang mengalunkan azan secara tetap sepangjang kehidupan Rasulullah SAW.Sehinggalah waktu kewafatan Rasul SAW,Bilal tetap menjalankan tanggungjawabnya.Namun ketika itu sewaktu jasad Rasulullah masih belum dikebumikan,jasadnya yg masih dikafan kan dan ketika Bilal sampai pada kalimat, "Asyhadu anna Muhammadar Rasuulullaahi (Aku bersaksi bahwa Muhammad adalah utusan Allah)," tiba-tiba suaranya terhenti. Bilal menangis. Ia tidak sanggup mengangkat suaranya lagi. Bilal merasakan betapa sedihnya ditinggalkan oleh manusia yang paling dicintainya.Sedihnya.

Tahukah kita Sewaktu hidup Bilal,bunyi tapak kakinya sudah kedegaran di Syurga.Subhanallah.

Suatu hari, pada waktu Subuh, Rasulullah SAW berbincang-bincang dengan Bilal bin Rabah. Rasul berkata, "Wahai, Bilal, ceritakanlah kepadaku mengenai amalan yang menurutmu paling besar pahalanya, yang pernah kamu kerjakan dalam Islam. Sesungguhnya, aku pernah mendengar suara telapak langkah (jalan)-mu di hadapanku di surga."

Bilal menjawab, "Wahai, Rasulullah, sesungguhnya aku tidak pernah mengerjakan amalan yang menurutku besar pahalanya, tapi aku tidak wudhu pada waktu malam dan siang, melainkan aku akan menunaikan shalat yang diwajibkan bagiku untuk mengerjakannya.

Semasa hidupnya, Bilal telah meriwayatkan 44 hadis dari Nabi SAW. Di antaranya, Rasulullah bersabda, "Hendaklah kalian menunaikan solat malam (tahajud) kerana solat malam adalah tradisi (kebiasaan) orang-orang soleh sebelum kalian. Sesungguhnya, solat malam adalah amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, dapat mencegah dari perbuatan dosa, mengampuni dosa-dosa kecil, dan menghilangkan penyakit dari badan." (HR Tirmidzi)

Bilal meninggal dunia di Damaskus pada 20 H. Jasadnya dimakamkan di sana. Namun, ada riwayat yang menyebutkan bahwa jasad Bilal dimakamkan di wilayah Halb.

Nota Ramadhan:Kisah Bilal ini patut kita ambil sebagai pengajaran.Jika dihayati dengan betul2 mungkin boleh menitiskan air mata kita.Penulisan diatas adalah 80% hasil dari tulisan Kin sendiri.Kisah2 sahabat nabi ini mudah kita dapati dimana2 namun sayangnya mungkin ada diantara kita yang sudah lupa ttg fakta2 ttg mereka.Diharap nukilan yg x seberapa ini dapat mengimbau kembali sejarah2 Para sahabat Nabi yang pernah kita pelajari dahulu.InsyaAllah.

Tuesday, August 16, 2011

Jom Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Ini Adalah tertib memotong kuku. Teringat pulak Kin ada seo. sahabat ,Satu hari Kin terperasan semua kuku dia pendek,kemas bersih je.Tapi kuku ibu jari dia 1 je panjang sikit.Bila di tanya rupa2nya dia cerita,dia selalu ikut tertib ptg kuku ni tapi selalu terlupa kat last ibu jari.Tu yg slalu 1 terpanjang sikit.klaka plk bl terigt blk ;)

Kelebihan potong kuku pada hari khamis umpama mempesakai imlu yakni memperoleh keturunan yang pintar,berhemah tinggi dan sabar.

Jangan kerat pada dari Sabtu kerana ditakuti dtg penyakit.

Pada hari ahad pula hilang berkat.

Pada hari Selasa pula mempesakai kebinasaan(Maksudnya kalau kitaterhindar dari binasa itu maka anak2 atau zuriat keturunan kita yg akn menerima kebinasaan itu)
Demikianlah disebut dalam kitab MASIAH BARMAWI.

Riwayat yang lain pula menyertakan bahawa mengerat kuku pada hari Isnin maka keluar daripadanya penyakit gila dan masuk padanya Afiat.

Pada hari rabu akan keluar daripadanya WasWas dan ketakutan serta masuk kepadanya Aman dan Tenteram.

Pada hari Jumaat pula keluar dosa dan masuk kepadanya Rahmat,

Maknanya 4 hari yang di Sunnatkan potong kuku iaitu Hari ISNIN,RABU,KHAMIS dan JUMAAT.Makruh kalau mengerat kuku pada sebelah tangan sahaja.

Selain itu jg,setelah kuku tangan dipotong maka cepat2lah basuh bekas keratan kuku tu kerana menggaru sebelum membasuh boleh terkena penyakit sopak sbb bisa selumbar kuku bekas keratan akan masuk dalam kulit masa menggaru.

Hati2 ya kuku jari kaki jika terlalu panjang akan menekan hujun kuku menyebabkan air tidak akan sampai ketika berwuduk.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.


Nota Ramadhan:Buat Lelaki,kata org kalau nk cari calon Isteri itu maka tingoklah jgk kuku pmpn tersebut.Kalau sntiasa dikerat kukunya tu maka elok la tu.InsyaAllah.
Sama2 beramal. Dapaaat pahala ;)

Monday, August 15, 2011

Very Good Point with good reason,Islam itu Indah.



Islam itu indah,Islam itu tidak memaksa,Islam itu mudah.Kin doakan buat sahabat2 yg masih tidak bertudung agar diberi hidayah oleh Allah SWT,insyaAllah.

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) tampak darinya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, ..." (Q.s. An-Nuur: 31).

Lihat lah Iman seekor semut


Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". ...

Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Sulaiman a.s pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".


Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Sang Semut!!


Nota Ramadhan: Artikel ini sumber dari page FB Imam Muda Nazrul.Cerita ini sangat menarik bagi Kin.Membuat kita tersedar seketika tentang dimana letaknya iman kita.Semoga dapat memberi manfaat bersama2 pada kita semua.InsyaAllah.


Saturday, May 28, 2011

Al-Fatihah buat mangsa2 Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim A-Taqwa.

Baru2 ini kita mmg digemparkan dgn kejadian malang yng meragut 16 nyawa.Sayu hati tatkala melihat berita di tV.Sebak di hati Tuhan saja yg tahu mengenangkan nasib adik2 yang masih kecil yg mnjadi mangsa.Semoga kalian ditempatkan di dalam syurga.

Berita ttg kejadian ni Kin dpt tahu melalui post fb dari seo kawan.Tanya majority kawan2 di UUM semua x brapa tahu..mgkin kita semua tgh sibuk berjuang dgn minggu exam ataupun kurangnya kesedaran prihatin dalam diri,Tuhan shaja yg tahu.

Mendengar cerita dari dari seo. sahabat,K.Wani tentang berita ini je pun dah mmbuat hati runtun.Bila cuti balik rumah baru la dpt mengikuti cerita ni.Rupa2nya ada 2 banggunan yg bersebelahan iaitu Rumah anak-anak yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.Jadi masa ini tanah runtuh tu terjadi serentak terus kn 2 banggunan ni.

Seramai 16 orang meninggal dunia dalam kejadian menyayat hati ini.. TAPI!!! apa yg memelik kan Kin.. ada 1 pasangan suami isteri iaitu parents kpda salah 1 mangsa.melalui temuramah dari Tv3,Menurut mereka kali terakhir dia tgok ank dia masa RAYA! maknanya lama gile dia x g jenguk anak dia.. Sedih kan..

Difahankan ramai pulak 'waris' yg dtg mengaku waris.Kepada waris yg betul2 waris ok la.Tp kalau 'waris' yg mengaku waris sbb hanya kerana duit sumbangan berpuluh2 ribu diberi ,hmm x taulah nk ckp ape..Kesian kat budak2 la.Bila mereka di rmh ank2 yatim,mereka x dipedulikan langsung (bukan semua tp ada)

Nota Putih:Buat adik2 yg terselamat,kalau korang baca blog ni,korang semua boleh contact akk jika ada apa2 pertolongan.U r welome.