Wednesday, June 27, 2012

Hi Sony..

Assalamualaikum kpd yg mmbaca..

malam ni tergerak hati nak buka blog..rindunya nak menulis..sambil belek2 hasil nukilan yg lepas2..rasa nak tergelak pun ada..sebab rasa ada tulisan yg x matang..skrng matang ke? agakla. huu
Banyak jgk Kin dah padam..yang tinggal ni pun sbb rasa mcm ilmiah sikit..

Lepas ni,InsyaAllah Kin akan update selalu.. skarang tgh praktikal di Sony Bangi..dah nak masuk 5 bulan..macam sekelip mata je dah nak abes da next month.Sedih..

Macam2 kisah suka duka live kat Bangi..Tinggal jauh dari parents then merantau tempat org bukan lah seindah di sangka..Tapi niat kin kenapa datang sini tuhan saja yang tahu.Alhamdulillah,Kin tahu Allah SWT sentiasa mempermudahkan urusan Kin disini..Walau jauh dari parents,Kin tahu doa restu redha da mama ngan abah sentiasa bersama Kin..Dan Kin tahu Allah sentiasa bersama ku..

Praktikal di Sony,under Regulation Control Dept,actually felt like blessed..Thank you Allah.. The reason why,1st because i can be my self..mean i'am who i'am..Macam mana Kin,maka tu lah Kin..Xde plastik mlastik nie.. dulu sblm nak pilih tempat praktikal,selalu doa pada Allah agar Kin dapat tmpat praktikal yang boleh terlibat ngn semua depart. maksudnya ada pengalaman kerja with other depart and alhamdulillah mmg rasanya nya semua depart dah pegi..Sampai rasa dah penat plk..huu

Alhamdulillah Kin xde masalah so far dlm relationship with other stuff..Malah kami mmg baik sangat..Thank you sebab percaya Kin.Kin seo yang care actually terutamanya dgn org sekeliling..Xsalah kalau kita berukhwah,x perlu nak bergaduh bagai..Usia,pengalaman seriusly mematangkan hidup ni.

Tadi baru dapat berita yang bos kena pindah ke security start next week,maksudnya xdah bos Suku lepas ni..Walaupun pernah kena marah dgn dia,tapi dalam hati tetap sedih..banyak pengalaman ngn motivasi from him..Sedih.

Jumaat ni Kin pindah rumah,sabtu ada programe tanam pokok then ahad pindah ofis..Isnin = pengsan.. haha actually lately ni x tahu kenapa fikiran ni asyik melayang2 je..xtahu lah apa masalahnya..Ya Allah..Moga segalanya dipermudahkan..amin.

banyak sebenarnya yang nak di nukilkan.. x tergambar dengan tulisan di blog ni betapa beharganya pengalaman praktikal di sini..InsyaAllah ada umur panjang Kin tulis lagi..

Salam Ikhlas dari hamba Allah SWT..

Friday, August 19, 2011

Tarikh Tsunami yang sudah Tersirat dalam Al-Quran


Assalamualaikum..Salam Ramadhan..

Kin terjumpa 1 fakta yang sgt2 menarik! Kin nk kongsikan kepada semua agar kita semua tersedar bahawa hebatnya Al-Quran itu.

Tahukah kita bahawa kejadian Tsunami yang melanda jepun itu ,tarikh dan masa nya sebenarnya telah tertulis di dalam Al-Quran!.

Kin nak kongsikan rahsia kejadian Tsunami ini di sebalik nombor2 dan Al-Quran.

Pada tarikh 11 March 2011 berlakunya trajedi tsunami di Jepun dimana bersamaan dengan 6 RabiulAkhir 1432 Hijrah ataupun 6/4/1432.


Dengan itu tahun 1432 dipecahkan 14 dan 32
Jawapannya Juzuk ke 14 Al-Quran dan Bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 Ayat Al-Quran ke 4
Rujuk di Al-quran

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Sendai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

dengan itu dlm 1432, 14 dh di ketahui Juzuk Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21

so next 2+1 = 3

*Bukti wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Sendai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka, 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30

so next 3+0 = 3.

*Bukti wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Sendai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6. Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

dengan itu, 1+4+4+6 =15

dan, 1+5 = 6


*Bukti 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Jadi angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

Subhanallah!

Nota Ramadhan: Teringat tazkirah Ramadhan dlm rancangan WHI, kata2 dari Uztazah Asni Mansor Al Hafizah yg mengatakan walaupun Islam itu dibenci dan tidak diterima oleh golongan Kafir tetapi mereka tidak dapat menolak kehebatan Al-Quran itu sendiri.Jadi mereka menyuruh anak2 mereka menkaji Al-Quran itu utk mencari kelebihan Umat Islam.Dgn tujuan mereka dapat mencari kelemahan umat Islam Sbb nya umat Islam sendiri pun x mengkaji betul2 Al-Quran itu.Dan tidak mustahil org kafir ini lebih hebat pengetahuannya. (lebih kurang mcm ni la kt2 uztazah ni :)

Jadi kita macam mana?? -_-


Kuasa Allah:Patung Jesus Disambar Petir


Sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa.Subhanallah



Nota Ramadhan:Sama-samalah kita renung sejenak,Sayangilah agama kita.Sayangilah Al-Quran itu.Moga kita terhindar dari sebarang kemungkaran Allah SWT.Balasan Allah SWT itu pasti! baik amalan maka baiklah balasan,buruk amalan maka buruklah balasan.

Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad.

Sumber:Ohbelog

Thursday, August 18, 2011

SEMOGA DOA KITA DIKABULKAN OLEH ALLAH S.W.T.

Syarat dikabulkan doa

1. Yakin bahawa Allah S.W.T. akan mengabulkannya

Sabda Nabi S.A.W.,”Berdoalah kalian kepada Allah S.W.T. dan kalian harus yakin akan dikabulkannya.”(HR Tirmidzi) Nabi juga bersabda,”Jika salah sorang dari kalian berdoa, maka janganlah ia mengatakan,”Ya Allah,berilah ampunan kepadaku jika Engkau menghendakinya.” Tapi hendaknya ia bersunggu
h-sngguh dengan permintaannya itu.”(HR Bukhari dan Muslim)
2. Khusyuk ketika menghadap Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W.,”Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengabulkan doa dari hati-hati yang lalai dan bermain-main.” (HR Tirmidzi)

3. Tidak terburu-buru

Rasulullah S.A.W. bersabda,”Akan dikabulkan doa salah seorng di antara kalian selama ia tidak terburu-buru.” Terburu-buru di sini bermaksud ketidaksabaran dalam menanti doa dimakbulkan hingga akhirnya membawa kepada putus asa dalam berdoa(memberhentikan doa).
4. Memakan makanan yang halal

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda,”Orang lelaki itu kelihatan kotor dan berdebu kerana perjalanan yang panjang. Kemudian dia mengangkat kedua tangannya ke langit dan berkata,”Wahai Tuhanku, Wahai Tuhanku″, tetapi makanannya adalah haram, minumannya adalah haram, pakaiannya adalah haram, dan dia telah memakan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya akan dimakbulkan?”(HR Abu Daud, an-Nasa’i, Imam Ahmad)
Nota Ramadhan:Mari Berusaha,Doa Dan Tawakal,InsyaAllah dipermudahkan Allah SWT hendaknya.Jgn putus asa sbb Allah Sayaaang kita n_n

Sumber:Iman Muda Nazrul