Wednesday, February 8, 2012

Apa yang saya beli dengan boucer RM200

Assalamualaikum..


Wah...macam biasa..bersarang bagai dah blog nie.. masuk blog ni pun dah terlanggar sarang labah2.. Mungkin ini kali terakhir aku menukilkan coretan sebelum diriku ini pergi ber praktikal nnati.hehe
oh ya! tajuk kali ni pasal boucer RM200 yang di beri oleh kerajaan kepada mahasiswa.Hari ni maka habislah boucer tu Kin dah gunakan..

Sebelum apa2,ingin di highlight kan yang Kin ni dah pun di last semester.Masa dapat boucer ni elok-elok lah time nak balik kampung masing2.Jadi Kin x dapat lah nak beli buku pelajaran untuk kos.NAMUN terima kasih kerajaan! Kin tau bagi yang kurang mampu baucer ni sudah tentu suatu rahmat dan pasti akan digunakan dengan betul.

Penggunaan salah tentang boucer.. hmm.. secara jujurnya,Kin sendiri pun sangat lah tidak setuju dengan adengan jual menjual boucer ni.Mungkin mereka2 ni bukanlah dari kalangan yang susah. antara barang2 yang xdapat diterima akal yang ditukar menggunakan boucer ni contohnya BEAR! Kerajaan bagi boucer dengan harapan buku la yang korang tukar,tapi dengan barang2 yang x berfaedah pulak yang korang sapu.

Dengan Boucer RM200 ditangan,dengan buku2 pelajaran yang xda list kin nak beli sebab dah abes belajar jadi jenuhlah 1 Popular tu Kin round.Dah rasa macam tawaf pula.Cuba juga nak mencari buku ilmiah tapi dalam masa yang sama best dibaca.. ;)


Tadaaa.. ;)

Untuk dalam sejarahnya,1st time beli novel..lama dah tahan..dulu masa zaman sekolah menengah tahan diri nak beli sebab pikir SPM,pastu tahan pulak diri nak beli sebabkan STPM, Tahan lagi nak beli sebab kan setiap semeter ada exam, sampai la sekarang! baru berpeluang nak beli hehehe..4 novel yang Kin beli karya Ramlee Awang Murshid.. Sesiapa yang minat dengan karya beliau maka nya tahulah betapa best lah tersangat novel dia.Ni bukan nocel cinta cintan. Novel yang berkisarkan misteri dan terselit ke islamic an nya.wahh.. n_n Cerita kat mama ni 1st time beli novel,mama tanya selama ni x pernah baca novel ke? Kin jawab,bacaaaa mesti bacaa tapi orang punya novel je la.. hehe

Yang belakang tu Barang2 seni Adik.Dia banya habiskan boucer beli barangan seni sebab banyak membantu dia untuk semester depan.Budak UPSI.

Akhirnya,buku masakan dan agama. Sudah semestinya buku ni ilmiah .Semoga semua buku2 ni memberi manfaat kepada kami sekeluarga.Andainya Kin x abes belajar lagi sudah tentu la boucer ni memang ditebus untuk buku akademik.Terima kasih kerajaan.Semoga ramai lah yang tahu erti bersyukur lepas nie.

Cadangan: Dengan rendah diri dari hamba Allah yang tidak seberapa ni,Kin rasa pemberiaan dalam bentuk boucer munkin kurang bertepatan.Munkin kerajaan perlu bagi setiap seorang borang,dalam borang tu kena ada tandatangan lecturer dan senarai buku.Mungkin kena buat macam ni baru pelajar akan beli betul2 buku akademik.

Akhir kata.. ini sajalah coretan yang nak dikongsikan hehe Salam Maulidur Rasul kepada semua.. n_n

Thursday, December 22, 2011

Dengan lafaz bismillah..

Assalamualaikum buat pembaca yg sudi membaca..

Ya ,rasa da seabad lama x mencoret isi kata didalam blog ini.Atas rasa tggung jawab dan tugas di semester akhir inilah yang membuat diri ini berhenti berbicara disini..

Esok berakhirlah perjalanan sebagai seorang pelajar di University ini.Ah,rasa x terkata apa2.Terlalu gembira , sakit,sedih,pahit,manis di sepanjang laluan jalan hidup ku ini.Aku akui semester ini lah yang paling berat ujiannya.Allah sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati ini.Coretan ini ku tulis bersama linangan air mata.Air mata yang tak tahu mana dan kenapa turun di temani sebak di hati. 

Buat sahabat.. terlalu besar maknanya buat diri ini.Di penghujung kehidupan ku di sini,Aku tersedar dan bersyukur kerana dapat melihat yang mana kaca yang mana permata.Ku panjatkan syukur ke hadrat illahi,Susah aku disini,menangis aku disini,x pernah sekali aku keseo.Terima kasih Ya Allah kau berikan aku teman di setiap waktu aku memerlukan.Walaupun teman yang silih berganti datang dan pergi.Kadang2 aku rasa gembira melihat ukhwah sahabat dgn sahabat yang berjaya bertahan dari dahulu sehingga sekarang.Aku? ah,mungkin aku bukanlah teman yang sempurna.Dari jauh ku titipkan doa buat kalian semua agar berjaya dan menjadi apa yang diimpikan apa yang didambakan.

Ku mohon halalkan atas segalanya.Tidak pernah ada perkataan menyesal di dalam diri ini kenal dengan semua orang disini.Buat teman yang pergi,maafkan aku kerana tidak mengejar mu.Bukan bererti aku tidak mahu kan perhubungan sahabat diantara kita,tapi cukuplah bagi ku,berakhir chapter didalam cerita ku disini.Akhirkata Aku mencari-cari sahabat yang dapat melihat kesedihan disebalik kegembiraan,tapi sukar ku temui.Namun moga ukhwah yang sedia terjalin antara kita kekal buat selamanya.Salam kemaafan buat dari hamba Allah yang zalim lagi khilaf ini..


Sunday, September 4, 2011

Mati mu di jalan Syahid..




Beliau dan Noramfaizul (kiri), 39 adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos2011..

Walau tiga kali sekali pun Kin tingok berita pasal beliau,pasal ibu bapa isteri arwah,membuatkan sebak di hati terkenangkan nasib malang yang menimpa beliau.

Mari kita semua sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham.Jasamu dikenang oleh kami tiap rakyat Malaysia dan Umat Islam.

Tentang pihak mana yang melakukan tembakan itu,Allah SWT sahaja yang lebih mengetahui.Moga syahid lah kematiannya,amin.

Wednesday, August 24, 2011

Fikrah Ramadhan:Saya dah minta maaf..anda sudah?

Terpanggilnya Kin nak menulis ni adalah untuk berkongsi tentang fikrah Ramadhan yang disampaikan oleh Uztazah  Noor Laila Aniza Zakaria tadi di MHI.Yang bertajuk 'Setelah Ramadan berlalu..Persediaan menjadi graduan Ramadan yang berkualiti '.

1 persoalan dari Wardina yang membuat Kin tersentap sekejap.Sebab sebijik terkena kat diri sendiri. Wardina meminta pendapat dari Uztazah,katanya, Ibadah puasa kita menjadi sia-sia jika kita tidak menegur atau pun memutus kan tali siraturahim antara kita,Wardina cerita dari pengalaman dia,yang dia ni kadang2 x lari dari membuat kesilapan.

Tapi dia tak nak tergolong dari golongan puasa yang tidak diterima.Wardina ni nak sangat minta maaf dekat orang yang da lama dia x bertegur.Tapi kalau nak call orang tu dia rasa malu.Jadi Wardina membuat jalan lain iaitu menghantar 'SMS' memohon maaf.

Namun apa yang jadi,SMS tersebut x dibalas oleh orang tersebut.Jadi Wardina bertanyakan pendapat kepada Uztazah.

Sebenarnya apa yang jadi kat Wardina ni memang sebijik sejibik sama la kena kat Kin.Kin mengaku Kin tidak sempurna.Kita semua tidak lari dari membuat kesilapan kan.

Jadi Uztazah memberi jawapan,(Yang Kin masih ingat)

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa daripada seorang yang dizalimi. 

Jelas menunjukkan diantara tiga golongon itu adalah 'seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka' Maksudnya doa kita yang sedang berpuasa ni antara doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT.


Jadi menurut uztazah tersebut,
1-Bila hantar SMS tersebut ataupun nak minta maaf kan seseorang ,kita jangan mengharapkan si dia memaafkan kita tapi kita niat dalam hati bahawasanya 'Ya Allah moga talisiraturahim antara kami akan terus berkekalan'


2-Antara dua orang yang bergaduh tu,siapa yang memulakan dulu untuk minta maaf maka dialah yang Allah SWT panndang.

dan banyak2 lah berdoa di bulan puasa ini agar suatu hari nanti semuaaa org sayangkan kita,InsyaAllah.

Nota Ramadhan Terakhir:Terkena tak kat anda semua yang membaca ni? ;) lagi satu yang dipesankan oleh uztazah,jangan lupa senyum dan bersalaman ketika kat masjid(solat tarawikh) kerana mungkin antara orang yang kita salam tu,Tuhan sayaang kat dia.Jadi kita dapat berakah disitu.InsyaAllah.Mari kita berubah n_n